Story ini aku olah seketika,

ini adalah detik ketika pabila semua penemuan ini berlaku

Nur Hanis Azaman

Aku kenal dia ni waktu aku sekolah rendah lagi. Waktu aku darjah 6 rasernyer. Hanis lah satu-satu insan yang aku kenali. Waktu itu dia amat-amatlah low profile sehinggalah sekarang hehe..sampai sekarang aku still contact dengan dia. Menurut pengetahuan aku, dia kini sekarang belaja kat uitm kat johor tu..ape namanye..haa uitm skudai..amek kos ape X berape ingat...detik pertemuan ngan dia dan aku dah terlupa loor...hehe..Al-maklumlah da lama sgt berlalu..huhu. Selalunye aku akan ingat tarikh birthday dia...29 Febuari1988 sebab 4 tahun sekali baru dia boleh sambut..budak tahun lompat.haha.


Siti Najihah Yahya

Najihah atau dikenali sebagai ji-a, telah diperkenalkan oleh hanis azaman kepada aku . Seorang budak yang pandai, tp yang menariknye dia tidak kesah untuk berkawan dengan aku...huhuh. Mula-mula, biasalah segan..lama-lama jadi rapat or kata lainnye " ngam" . Aku kenal ngan dia pun time darjah 6.. masa tu hanya aku bertiga. Sekarang, Najihah sambung belaja kat UIA kuantan..amek Medical. Birthday dia 10 Disember 1988..


Nur Syamimi Jamaluddin

Dia nie aku kenal da lama, sejak aku melangkah ke alam sekolah menengah. Bermula dari aku form 1 lagi, setiap tahun aku kelas ngan dia...tapi aku x berapa rapat ngan dia . Then sejak aku form 4, dia ni jugak lah buat hidup aku rasa best! rasa best bila ader "teman baik"..heeheh...and aku betul-betul appreciate dia..now, dia pun sambung belaja benda yang kita orang sama-sama minat. Dia sambung belaja kat kolej, btw, aku lupa la nama tempat tu dia amek kos arkitek..cam yang dia minat..aku ngan dia nie, selalu kene buat benda yang sama..kalo salah sorang nak buat, kami berdua kena buat..cam tu lah kitorng. Walaupun baru-baru ni dia agak bz and lagi-lagi tengah belaja drive..but ak still leh bertahan...Tarikh kelahiran dia 16 November 1988.


Nur Hidayah Sulaiman

Dia pun aku da kenal lama..tapi yang rapat nyer time form 4 tu la...hmm..sampai sekarang.. hidayah ni belaja satu tempat dengan aku belaja sekarang..kos yang sama cuma. btw, family dia n family aku mempunyai tali persahabatan yang amat complicated or dalam bahasa lain "berbelit-belit" hehhe..but menarik! sukar dicari. huhuh..birthday die jatuh pada 15 November 1988..sehari sebelum Nur Syamim lahir.hehe


Siti Aisha Peerpulavar

Sama lah dengan Siti Aisha..kita orang rapat pun time form 4 jugak...tapi sekarang member aku ni da kawin da pon..hehehe..xtaw da pe cer. Nak contact segan..before ni dia ada bagitahu yang dia menetap di rumah mertua dia kat kangar, Perlis..huhuh..Aisha nyer birthday jatuh pada tarikh 13 Jun 1988.


Norashida Ismail

Eheheh...manusia bernama shida ni pun aku kenal sejak time tadika lagi then masuk sekolah rendah and menengah. Kalo kata member-member kan? X lari ke mane pun. Aku dan shida xrapat sebelum ni and fyi, kami jadi rapat lepas aku mula belajar kat tempat baru ni...pelik x pelik? dunia kan. macam-macam boleh jadi. Sekarang dia keje kat ampang. Now da berhenti pun.hehe. Tarikh lahir shida bulan Mei. 07 Mei 1988.


Nur Raidah Rosli

Nama panggilan die mayang...huhuhu. Aku kenal dia kat kolej..hahah.ak kenal die kelakar sket..aku pnggil nama dia tapi slow la..then dia engat aku panggl kucing..ahhahaha...kelakar2 bile citer balik..tp tu la detik aku kenal die smpai saat ni..now die blajar kat Kuis johor bharu.. amek businness..Bitrhday die sama tarikh dengan aku. 29 Januari 1988..tp januari la nyer..huhu.


Nur Aishah Ariff

Ni mumy aku..dia seorang yang gedik sangat-sangat..hahah..aku kenal dia pon, waktu mula-mula sampai dorm then aku tegur dia...dia ni tua sket jer dari aku. Aku cuba bercakap dengan dia..aku cakap "nak panggil dia kak ke? dia cakap dengan muka malu-malu, " Eh, xyah2" ..hhahahah...sejak turh lah aku rapat...and perangai die, ada sama cam ak.u.walaupun badan kami berbeza.hahahah..now dia keje dekat jb...Tarikh lahir dia 22 Oktober 1986.


Mastura Abdul Hamid

Mastura nie aku panggil buya..sebab opah dia yang bagi nama nie..aku raselah nye. heheh..dia ni pun aku kenal time kolej. disebabkan dia ni kelakar, sengal gak la ...leh masuk kepala ngan aku.hehe. Birthday dia 29 Disember 1986.


Nur Adilah Azlan

Dia ni sengal sket...orang yang x tahan xleh kawan ngan dia ni..hehehe...tapi die ok je sebenarnyer...tapi seorang yang amat memanglah suke sangat cari pasal...aku kenal dengan dia sewaktu aku masuk kolej jugak. Adilah lahir pada 19 Jun 1988.


Nur Atikah' Abdullah

Atikah' nie ni aku panggil qaqa..hmm aku kenal qaqa pun kat kolej jugak...dia cakap dia suka kawan dengan orang serabai cam aku..hahahahaah.Tulah yang membuat aku tertarik untuk berkawan dengan Qaqa.hehe..Birthday qaqa 16 Julai 1988.


Muhd Hisyammuddin

Dia ni pun aku kawan rapat dengan aku. Aku kenal dia pun kat tempat aku menimba ilmu sekarang..Dia ni selalu layan aku nyer request. hehe..aku mula kawan dengan dia pon sebab dia tegor aku waktu aku masuk kelas mula-mula dulu..hehehehe. Birthday dia time orang tengah syok-syok sambut krismas...hahah 25 Disember 1985.


Farah Adibah Ahmad Kusasi

Farah ni aku panggil debab sebab dia suruh..aku kenal dengan dia cam ni, ada satu hari tu..aku amat lah dahaga. aku akuinya..tapi aku biarkan lah..nak g foodcourt jao atau alasan nya malas.. dengan tetibe dia datang bagi aku air..aku seddut laa..almakulmlah dahaga sangat.hehe..Before aku kenal dia, aku malas layan dia..tapi lama-lama jadi kawan and duk satu rumah lagi. Lagilah aku jadi rapat and ngam ngan dia...Birthday die serentak dengan Nur Syamimi..16 November 1988.


Mohd Izwan Mokhtar

Aku gelar dia kecik,wan..ikot suke aku lah nak panggil dia aper...dia lah jugak orang yang tegur aku dekat food court waktu mula-mula dahulu..waktu aku x der member lagi, waktu aku xkenal sesiape lagi...hahahha ak jadi rapat dengan dia pon sebab dia sibuk pasal hal aku..sejak turh aku mula menaruh kepercayaan terhadap dia.. Tarikh lahir dia jatuh pada

Megat Mohd Yussei B Rosli

Dia ni ak kenal since aku semester 1 lagi dekat aku belaja. Cerita nya bermula apabila dia ni tegur aku sewaktu dalam dewan. now dia da xblaja lagi. but aku still rapat dengan dia and aku rasa xramai yang tahu pasal nie. tapi xtahulah. n now megat dah kawin anda dah memiliki cahaya mata sulongnya. Tarikh lahir dia 02 Jun 1986.


Siti Raihanah Hanis Che Rahim

Die ni pun aku panggil kecik gak...aku kenal dengan dia waktu tu aku keluar dengan debab semua lari dari kawad punya pasal..hahahha....kita orang g bergembira kat PAS (Alam Sentral) tu..g karoke..semua la..time tu lah aku terkejut dia tangkap gambar dengan aku peluk bahu aku.sejak turh aku rapat dengan dia.Birthday dia 14 May 1987.


Nadiah Zainal Abidin

Aku kenal dia 1st time aku yang tegur dia dalam kelas..sebab kita orang ada ujian math..aku tanya die la..aku ingat kan budak-budak kelas aku sekarang x meniru..hahaha...hurm..aku betul-betul rapat ngan dia time malam pesta..tah cm ne tah aku leh kua dengan die g tengok roomate masing-masing berjoget kat atas pentas tu..huuhu..and btw, aku always happy dengan dia, susah or senang. Nadya ni selalu layan karenah aku yang tah pape tah..haaahaha.. Birthday dia pada 18 Disember 1988.


  • Mereka-Mereka adalah My Luvly Buddy
  • Orang-Orang yang aku Pecaya
  • Orang yang ada dengan aku time aku Susah or Senang
  • Orang yang Jujur dengan aku. (jujur ker? eheh)
  • Orang yang buat aku Sakit Hati
  • Orang yang Pandai Pujuk aku
  • Orang yang " ngam " dengan aku
  • Orang yang buat aku Susah Lupa dekat dorang
...................................End So Tired. To be Continue.





Read More

assalamualikum ;)
actually ni 1st benda yang aku post.
masa ni tgh mood ; jiwang. ;p


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa



CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.



`



Read More
Next PostNewer Posts Home