Travel | Holiday | Vacation - Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser (RPPBF), Pahang
Disebabkan aku & family sangat suka bercuti dah explore new place,
Aku dah dapat idea untuk bagaimana untuk hidupkan kembali blog aku yang dah bersawang ini.
Enjoy gambar dulu and leave your comments if ada question ya!





Terdapat  beberapa jalan masuk ke Bukit Fraser dan aku memilih dari jalan dari 
Tol Gombak - Exit Bentong - Raub - Bukit Fraser.


Untuk ke Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ni, make sure jumpa signboard ni dulu. 


Jalan dia kelok-kelok sikit, nun jauh di ke dalam, disebabkan aku yang drive, susah sikit nak bergambar. Ini la rupa tempat penginapan aku sekeluarga hari tu. 

View waktu pagi, damai, sejuk, tenang, kawasan luar ni ada taman and tempat nak berbbq.


Biasalah, nak jugak berselfie tu. Kita bagi separuh la muka. 


Balai Polis Bukit Fraser telah tertubuh semenjak Tahun 1919 lagi.  


Sekitar kawasan Bukit Fraser


Taman Awam. Kawasan ni boleh cari makan, walaupun tak ramai peniaga yang membuka kedai disini.

Padang mini golf, yang terletak di Taman Awam. 


Kalau tak bergambar di sini tak sah, Ini adalah simbolik di kawasan peranginan sejuk ini. 


Review :

1) Kawasan ini sangat tenang, sesuai untuk yang mencari kedamaian macam aku dan family aku.
2) Jika menginap di RPP, siap sedia dengan bekalan untuk memasak. Kawasan ni sukar untuk mencari makanan and for sure harga akan melambung tinggi.
3) Aku datang hari biasa, so kebanyakan aktiviti tutup.
4) Jika tak tahu nak buat aktiviti apa, ada kedai cendermata di hadapan jam ni akan membantu untuk dapatkan pamphlet yang berkaitan, aktiviti serta waktu.
5) Malam - segala aktiviti akan terhenti. 
6) Bukit Fraser ni memang ternyata tidak ada apa-apa kecuali anda menikmati percutian ini dengan berehat bersama yang tersayang. 

Next, aku akan buat throwback untuk percutian aku yang lepas-lepas.

Assalammualikum w.b.t





Read More

Assalamualaikum w.b.t permulaan bicara.    
      Aku pengguna aplikasi Android.  Actually,  aku terbukak hati untuk update hari ini, bila mana salah seorang yang aku kenali dalam instagram atau  korang lebih kenal dia dengan nama TheFaizIbrahim, aku kenal dia sebab dia penjual alat yang amat diperlukan semua manusia gadget masa kini, Power Bank. --- introduction aku panjang sangat, hope korang kenal.

     Almaklumlah, dah lama sangat aku kuburkan bloggersharkira ini, tangan laju menaip. Berbalik pada pengguna android tadi, Faiz telah mengesyorkan blogger-blogger yang ada menggunakan aplikasi BLOGGER yang boleh dimuat turun play store, aku dah download agak lama, tapi kekurangan idea nak menaip, hari ini baru idea datang. So far, Alhamdulillah aplikasi ini berjalan dengan mudah & stabil.

      Okay! selamat mencuba!

Read More
Daripada aku--
meroyan tak tentu pasal,
baik aku tenangkan diri,
alaaahh, bukan big deal pun kan?
so, what up's?

Relaxkan diri---
tenangkan minda.
jom cari tempat lebih tenang,
lebih aman, lebih hijau,
moga hati lebih cool.

Tempat?
mana-mana pun boleh,
selagi ada mampu,
selagi ada daya,
kat sini boleh,
kat sana pun boleh,

Hati?
Jangan ada prasangka buruk,
jangan tuduh tak tentu pasal,
kalau tak mau terluka,
cari orang yang sudi temani,
kalo silap langkah,
anggaplah salah diri sendiri,
JANGAN pernah cuba salahkan orang lain.
belaja dengan hati yang terbuka,
IKHLAS, USAHA,REDHA
dengan segala ketentuanNYA.
ALLAH S.W.T paling mengetahui.

Syukur--
ada yang memahami,
ada yang mengasihi,
ada yang mengambil berat,
paling bersyukur,
bila sentiasa rasa ALLAH S.W.T
yang sentiasa ada disisi.

Jarang aku coretkan begini-----
kadang kala, hati ini tak serupa wajah muka yang aku lalui,
harap aku sentiasa dapat TENANGkan diri,
ertikata lain,

SABAR.

.
Read More

Assalamualikum wbt--
Seperti biasa ayat yang aku pakai pada pembuka bicara.

Fokus pada tittle aku tadi, bukan ape aku nie kalo dah layan blog berjangkit-jangkit.
Dari satu blog ke satu blog, antaranye ;

- blog rakan baik confirm
- blog abg ben
- blog resepi (tgk je lebih, masaknye belum)
- blog jualan online (paling seronok)
- blog yang direkemenkan
- blog ape sajelah

ahaaa, sampai tak terlayan la kang. ada aku membeli online kejap lagi.
pantang ada duit la dalam M2U (Maybank2u) *bagi yang tak paham shortcut*

-- last week dah tershopping beg online! cis.
hahahah.

okeylah
karang aku tak terlayan kang kalo tangan and otak nie laju bagi idea suh taip.

selamat malam.

yeahhh berjaya update.

Read More

-- kata nak update blog, tapi tak update2 jugak
-- alasan sama yang digunakan
-- tetttttt
-- tak syok online pakai benda nie
-- aku suka pakai keyboard betul
-- ish, banyak betul alasan ko

** yang pasti aku sangat busy**
-- entry ni pun dah save banyak kali dalam draft

#maafsekalilagi

Read More
Previous PostOlder Posts Home